Sinopsis Novel ‘Hikmah’
HIKMAH memaparkan kisah seorang pelajar miskin yang bernama Amri. Dia begitu sayang akan ibunya yang sudah tua. Amri seorang anak yang baik ketika di rumah tetapi berlainan perangainya apabila berada di sekolah. Dia suka membuli pelajar junior dengan meminta wang perlindungan. Sesiapa saja yang ingar dengan kemahuannya, maka pelajar tersebut akan menerima padahnya. Dia melakukan ini semua sebagai cara melepaskan geram dan tekanan akibat sikap ayahnya seorang kaki judi yang seringkali menyusahkan dan menyakiti ibunya. Namun dia menyembunyikan kisah keluarganya sehingga Sapura seorang pengawas di sekolahnya datang ke rumahnya.
Kehadiran Sapura ke rumah Amri adalah bertujuan untuk memberitahu ibunya tentang kejadian yang menyebabkannya terjatuh ke dalam bendang setelah basikalnya dihimpit oleh Amri ketika dalam perjalanan balik dari sekolah. Amri berbuat demikian kerana Sapura seringkali menjadi pelapor perbuatan buruknya kepada guru disiplin (Cikgu Harun) sekolahnya. Sapura tidak sempat menceritakan hal tersebuat kepada ibu Amri setelah melihat peristiwa menyayat hati di rumah Amri.
Sapura bersimpati dengan nasib yang menimpa Amri. Ayahnya mengambil wang dan rantai emas kepunyaan ibu Amri untuk dijadikan modal berjudi. Ibunya pula dipukul tanpa belas kasihan. Amri tidak punya wang untuk membawa ibunya yang sakit ke hospital. Amri teringat akan wang simpanannya. Selain wangnya sendiri, wang tersebut juga wang perlindungan yang dikutip daripada pelajar junior. Amri sedar wang tersebut bukan dari sumber yang halal seperti yang disangka ibunya, namun dia tidak punya pilihan lain. Lalu, Amri mengayuh basikalnya ke bandar untuk membelikan ubat untuk ibunya.
Setibanya di sebuat farmasi di bandar, Amri membeli ubat yang sesuai dengan nilai wang yang ada padanya. Tiba-tiba datang seorang pemuda meminta pertolongnya. Nasibnya kurang baik kerana pemuda tadi sebenarnya seorang penagih yang berniat untuk memeras ugut dengan meminta wang daripadanya. Oleh sebab Amri tidak punya wang untuk diserahkan, pemuda tadi bersama dengan seorang rakannya memukul Amri hingga parah dan ubat ibunya yang dibeli tadi jatuh bertaburan. Sudah jatuh ditimpa tangga. Ketika itu, Amri teringat akan perbuatannya memeras ugut pelajar junior di sekolahnya, dia sedar begitulah keadaanya pelajar-pelajar yang diugutnya itu. Dia juga sedar wang yang digunakan untuk membeli ubat ibunya adalah haram. Inilah akibatnya, Allah akan membalas balik perbuatan yang kita lakukan terhadap orang lain. Buat jahat, dibalas jahat.
Sapura yang mengekori Amri mendapati Amri cedera dan tidak sedarkan diri. Sapura mengejutkan Amri dan memberitahu bahawa ibunya sedang dirawat di hospital. Sapura mengajak Amri melawat ibunya di hospital. Ibu Amri dibawa ke hospital oleh ayah Sabrina. Amri terharu dan berterima kasih atas pertolongan Sapura dan keluarga. Amri meminta maaf kepada Sapura.
Akhirnya Amri dan Sapura bersahabat baik. Amri telah berubah. Kini dia pula yang menjadi pelindung kepada pelajar-pelajar yang menjadi mangsa buli di sekolahnya. Amri mengharapkan sinar baru dalam keluargannya apabila ayahnya keluar dari penjara nanti.
Sinopsis Mengikut Bab
Bab 1: Sakit Hati
Amri seorang murid yang nakal. Amri mempunyai ramai kawan yang nakal seperti Siva. Mereka menganggap Amri sebagai ketua atau ‘bos’ mereka. Amri telah dirotan oleh Cikgu Salman. Seorang pengawas sekolah, Sapura, telah campur tangan ketika Amri sedang meminta wang perlindungan daripada seorang murid junior, iaitu Saleh. Nasib baik Cikgu Salman tidak mengetahui perkara sebenar. Amri dan beberapa orang rakannya sering mengugut murid-murid junior agar membayar wang perlindungan kepada mereka untuk mengelakkan diri daripada dibelasah dan dibuli. Amri berkira-kira sendiri. Dia cuba mencari helah untuk mengenakan Sapura. Dia mula membayangkan keadaan Sapura yang akan dikenakan olehnya nanti. Dia ingin membalas dendam tetapi Siva pula tidak mahu melibatkan diri. Siva tidak sanggup berhadapan dengan Sapura, seorang pengawas perempuan.

Bab 2: Berwaspada
Rozita merupakan kawan baik Sapura. Rozita mengingatkan Sapura agar sentiasa berjaga-jaga kerana Amri akan membalas dendam terhadap dirinya pada bila-bila masa. Sebaliknya, Sapura tidak berasa takut kerana baginya, cabaran itu ialah suatu amanah yang perlu dipikul oleh pengawas.
Banyak pengawas berasa takut apabila berhadapan dengan Amri kecuali Sapura. Sapura teringat akan hal pagi tadi, yakni semasa dia dalam perjalanan ke kantin, dia ternampak dengan Amri yang sedang membuli seorang murid junior. Murid junior itu berasa takut dan berbohong di depan Sapura. Sapura berkata kepada Amri bahawa dia hendak memberitahukan hal tersebut kepada guru disiplin. Amri tidak berasa takut. Dia juga memberikan amaran kepada Sapura. Walaupun Cikgu Salman menyuruh murid itu bercakap benar tetapi tetap dinafikan olehnya.
Apabila loceng berbunyi, Sapura berjalan menuju ke arah tempat letak basikal. Dia telah berselisih dengan Amri. Sapura membelek-belek basikalnya kerana takut kalau-kalau Amri telah bertindak merosakkan basikalnya. Akhirnya, Sapura tiba di rumahnya tanpa ada sebarang kejadian yang berlaku.
Bab 3; Kesusahan Hidup

Amri berubah sikap apabila berada di rumahnya. Dia menjadi anak yang baik dan sangat menyayangi ibunya. Kehidupan mereka miskin dan terpaksa bergantung harap kepada Pak Dollah kerana sikap bapa Amri yang tidak bertanggungjawab kepada kehidupan Amri dan ibunya. Jika tidak kerana ayah, mungkin kehidupan mereka tidak jadi begini dan Amri juga tidak akan berperangai seperti samseng di sekolah.
Amri berasa geram semasa mengingati kisah ayahnya. Bagi Amri, orang lain perlu merasai sama rasa sakit hati yang ditanggungnya selama ini. Amri tidak mahu memikirkan perkara itu lagi. Dia perlu memikirkan kehidupan keluarganya. Bagi ibunya, Amri seorang budak yang baik biarpun dia pernah terdengar akan kisah nakal Amri dahulu. Sebenarnya, Amri begitu menghormati dan mentaati ibunya.
Bab 4: Kekalutan
Ayah Amri seorang kaki judi. Malam itu ayah Amri pulang. Ayahnya meminta duit daripada emaknya. Apabila emak Amri enggan memberinya duit, dia telah bertindak menyelongkar gerobok pakaian lalu mengambil duit yang tersimpan untuk ongkos persekolahan Amri. Emak Amri cuba menghalang dan merampas wang dalam genggaman ayah Amri tetapi tidak berjaya.
Apabila ternampak akan gelang emas pusaka nenek yang dipakai oleh emak Amri, ayah Amri merentap gelang emas itu. Emak Amri hendak mengambilnya kembali, namun dia tersungkur. apabila kakinya tersadung di bendul. Amri berasa geram lalu cuba menghalang ayahnya daripada keluar. Amri pula ditampar oleh ayahnya. Emak Amri memujuknya agar bersabar dengan kerenah ayahnya. Emak Amri berdoa agar ayah Amri cepat sedar daripada kesilapannya.
Bab 5: Rintihan Hati

Amri ke sekolah dengan kesan lebam pada pipi kanannya. Ramai yang melihat kesan lebam itu tetapi tidak berani bertanya melainkan guru-guru dan rakan-rakan rapat Amri. Siang-siang lagi Amri sudah keluar melalui pintu belakang kelas. Nasib Amri sungguh malang apabila dia terserempak dengan Sapura. Tanpa mnghiraukan sapaan Sapura. Amri meluru ke arah hujung padang.
Hal ini tidak adil buat diri Amri. Dia mahu mereka itu turut merasakan penderitaannya. Amri mula mencari mangsa dan teringat akan Sapura. Dia mencari jalan untuk mengenakan Sapura. Amri bingkas bangun kerana sebentar lagi waktu rehat akan tamat. Di situ, dia dapat melihat barisan kereta dan basikal yang tersusun rapi. Serta merta Amri mendapat ilham untuk mengenakan Sapura. Dia tersenyum sendirian mengenangkan reaksi Sapura yang bakal menjadi mangsanya nanti.
Bab 6 : Mengenakan Sapura
Loceng telah berbunyi, Sapura ternampak akan Amri sedang berdiri berdekatan dengan basikalnya. Dia berpura-pura tidak melihat Amri lalu berfikir bahawa Amri hendak mengenakannya. Dia berjalan ke arah basikalnya lalu bertanyakan sebab dia berdiri di situ. Amri memberitahu bahawa basikalnya bersebelahan dengan basikal Sapura. Sebenarnya, Amri hendak meminta maaf kepada Sapura kerana berbohong. Akhirnya, Sapura memaafkan Amri. Amri turut mengayuh basikalnya beriringan dengan Sapura. Sapura memberikan peluang kepada Amri untuk menebus kesilapannya.
Dalam perjalanan, dia bertanyakan beberapa soalan kepada Amri tetapi Amri masih membisu. Tiba-tiba Amri membrek menyebabkan Sapura gagal mengawal basikalnya. Dia tergolek ke dalam bendang yang berlumpur. Ketika itulah Amri memberikan jawapannya! Sapura begitu geram memikirkan kejadian yang sudah berlaku. Seterusnya, Sapura mengangkat basikalnya yang terbenam lalu membuang lumpur yang melekat pada basikalnya. Sepanjang jalan balik ke rumahnya, Sapura membebel dan menarahi dirinya. Dia benar-benar geram.
Bab 7: Bersimpati
Amri terkejut apabila mendapati rumahnya berselerak dan dahi ibunya berdarah. Amri terlalu marah akan perbuatan ayah terhadap ibunya. Sapura bersimpati terhadap Amri apabila mengetahui perkara yang sebenar-rupa-rupanya Amri tidak senakal yang difikirkannya. Sapura membatalkan niatnya untuk memberitahu ibu Amri tentang sikap Amri terhadapnya
Bab 8: Mendapat Ubat
Amri meminta izin daripada ibunya untuk pergi membeli ubat di pecan. Wang yang ada dengannya adalah wang simpanannya dan wang hasil peras ugut murid-murid lain. Amri tiada pilihan lain-terpaksa menggunakan duit tersebut kerana bimbang akan kesihatan ibunya. Sepanjang perjalanan ke pekan,fikiran Amri asyik melayang mengingatkan semua peristiwa yang lepas yang dilakukannya
Bab 9: Cedera Disamun
Amri membeli ubat demam dan ubat luka untuk ibunya di sebuah farmasi. Ketika dalam perjalanan ke rumah,Amri ditahan oleh seorang pemuda. Dia memberitahu bahawa ada orang pengsan di belakang lorong. Itu hanyalah helah pemuda itu untuk menyamun Amri dan pemuda itu memukul Amri apabila Amri tidak memberikan wang yang diminta. Amri tidak berdaya untuk membuat apa-apa lagi. Diacedera teruk apabila dipukul oleh dua orang penyamun itu
Bab 10: Keinsafan
Sapura bertemu dengan Amri yang tidak bermaya di lorong itu. Sapura dan ayahnya membawa Amri ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan bertemu ibunya. Amri dan ibunya mengucapkan terima kasih kepada Sapura sekeluarga kerana membantu mereka. Amri menyesal kerana bersikap buruk kepada Sapura. Amri sudah insaf dan dia tidak membuli murid-murid yang lemah lagi. Tetapi, Amri menjadi pembela kepada murid-murid yang dibulinya dahulu.
Watak dan Perwatakan Novel ‘Hikmah’
Watak dan Perwatakan
1. Amri
Taat dan bertanggungjawab
- Amri seorang yang taat pada perintah ibunya. Misalnya, emak Amri menasihati Amri agar sentiasa bersabar dengan ayahnya. Dia menuruti nasihat emaknya. Amri juga bertanggungjawab membeli ubat untuk emaknya walaupun terpaksa mengayuh basikal sejauh 10 kilometer untuk ke pekan.
Berdendam
- Amri berdendam dengan ayahnya kerana sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab dan selalu memukul emaknya. Amri akan berdendam dan melepaskan tekanan dengan membuli dan memeras ugut murid lain.
Sedar dan insaf atas kesalahan diri
- Akhirnya, Amri sedar dan insaf atas kesilapannya selama ini yang selalu memeras ugut dan membuli murid lain. Kesedaran ini muncul apabila dia telah diperas ugut oleh dua orang pemuda ketika membeli ubat untuk emaknya.
Nakal
- Amri membuli murid lain dengan memeras ugut mereka. Dia melakukan perbuatan ini kerana ingin melepaskan tekanan ekoran sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab.
2. Sapura
Berani
- Sapura berani mengadukan tingkah laku Amri yang memeras ugut murid lain. Semua murid di sekolah itu tidak berani mengadukan perbuatan Amri kepada orang lain.
Baik hati
- Sapura sangat baik hati. Buktinya, dia telah menolong Amri dan emak Amri dengan menghantar mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Tidak berdendam
- Sapura tidak berdendam dengan Amri walaupun Amri telah mengenakannya sehingga terjatuh ke dalam sawah dan menyebabkan baju Sapura kotor.
Pemaaf
Sapura memaafkan Amri yang telah mengenakannya dan menolong Amri dengan ibunya3. Emak Amri
Penyayang
- Emak Amri sangat sayang akan Amri. Buktinya, dia sedaya upaya menyediakan keperluan kepada Amri walaupun dia tidak mampu.
Tabah
- Emak Amri tabah menghadapi ujian hidup apabila dia dipukul oleh suaminya. Selain itu, dia tabah walaupun suaminya tidak menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.
Pemaaf
- Emak Amri memaafkan segala kesalahan ayah Amri walaupun selama ini suaminya itu tidak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna dan selalu memukulnya.
4. Bapa Amri
Tidak bertanggungjawab
- Dia tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga yang baik.
Kejam
- Dia selalu memukul isterinya tanpa belas kasihan. Bapa Amri gemar bermain judi dan dia selalu meminta wang daripada ibu Amri untuk berjudi dan membeli dadah.
Latar Masyarakat
Keadaan atau citra tempat sesuatu peristiwa berlaku.
Latar Tempat
Tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam sesebuah karya. Contohnya, sungai, sekolah dan sebagainya.
Latar Masa
Waktu atau tempoh masa sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesebuah karya.
Latar Tempat
Kelas Amri- Amri berbual-bual dengan Siva tentang hukuman yang akan diterima kerana memeras ugut murid lain.
Rumah Amri- Bapa Amri meminta wang daripada emak Amri. Apabila tidak diberikan wang, bapa Amri telah menyelongkar gerobok pakaian sehinggan menemukan wang yang diinginkannya.
Lorong di pekan- Tempat Amri diperas ugut dan dipukul oleh dua orang pemuda.
Soalan Praktis.
- Apakah tema yang terdapat dalam novel ‘Hikmah’ ini?
a. Sikap dendam seorang anak kepada ibubapanya.
b. Sikap tamak seorang budak lelaki.
c. Kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak memberontak dan berubah tingkah laku.
d. Keangkuhan yang memakan diri akhirnya.
- Siapakah watak-watak yang terdapat dalam novel ini?
a. Amri, Sapura, emak Amri, dan ayah Amri.
b. Amri, Rahim, dan emak Amri.
c. Sapura, ayah Sapura
d. Amri dan Sapura
- Apakah kejadian yang dilalui oleh Amri semasa ingin menolong seorang pemuda yang pengsan?
a. Dia diberi makanan.
b. Dia dipukul dan pengsan
c. Dia dipukul dan meninggal dunia.
d. Dia telah berkawan baik dengan pemuda tersebut.
- Nyatakan perwatakan Amri dalam novel ini.
a. Seorang yang baik hati.
b. Seorang penagih dadah
c. Seorang yang suka membuli pelajar lain.
d. Seorang yang suka menolong orang lain.
- Kenapa Amri bertindak membuli rakan sekolahnya?
a. Sebagai hobi untuk mengisi masa lapang.
b. Diarahkan oleh ayahnya
c. Meminta duit saku pelajar lain.
d. Membalas dendam di atas perbuatan ayahnya yang suka memukul ibunya.
mengapa latar ada satu sahaja (latar masyarakat,masa)
ReplyDeletemengapa watak dan perwatakan ada amri,sapura,emak amri dan ayah amri sahaja..Mana rozita,siva,pak dollah dan salleh??
ReplyDeletesuper blog..this blog is useful 4 all the students
ReplyDeletekenapa x ada gaya bahasa saya nak buat koja nihh apo laee demo nihhh ;:
ReplyDelete#peneng mari smkgb
Pengajaran, nilai,....?
ReplyDeleteMana?