Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan hadiah setiap tahun, terutamanya pada Hari Guru teringat semula peristiwa yang berlaku tiga puluh tahun dahulu sewakta beliau bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman. Cikgu Harun sememangnya seorang guru yang tegas dalam soal keceriaan pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai kasut sekolah walaupun sudah tiga minggu sesi pesekolahan bermula. Di padang sekolah, Ahmad sekali lagi dimarahi Cikgu Harun kerana tidak membawa pakaian sukan. Oleh sebab itu, Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan menyuruhnya mancari tali rafia untuk mengikat kelopak jantung pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan “kasut”. Ahmad merupakan murid yang patuh akan arahan gurunya terus mengikat kelopak jantung pisang. Dia berasa malu atas denda yang dikenakan oleh Cikgu Harun yang sebenarnya mahu Ahmad membeli kasut sekolah demi keselamatan kakinya. Selepas hari persekolahan tamat, Ahmad berlari ke rumah supaya kasut kelopak jantungnya tidak dikesan oleh kawan-kawan. Sejak hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan perkara tersebut dan mengetahui bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah. Cikgu Harun yang berasa kesal atas dendanya terhadap Ahmad pula mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui perkara yang sebenar. Akhirnya, dia mengetahui bahawa Ahmad tinggal bersama ibunya yang uzur dan tua tidak mampu membeli kasut sekolah dan terpaksa mengambil upah memetik cili di kebun orang lain. Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah. Ahmad yang berterima kasih atas pemberian Cikgu Harun telah belajar dengan gigih dan menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka. Sejak itu, Ahmad menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun sebagai membalas jasa Cikgu Harun.
Tema
Penghargaan seorang murid terhadap jasa guru yang ikhlas membantunya sewaktu murid itu miskin dengan menekankannya kepentingan memakai kasut.
Persoalan
1. Ketegasan guru di sekolah demi mendisiplinkan pelajar.
Buktiya, Cikgu Harun yang tegas menyebabkan Ahmad takut untuk merenung wajahnya tepat-tapat. Selain itu, Ahmad dimarahi Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakaian sukan.
Penghargaan seorang murid terhadap jasa guru yang ikhlas membantunya sewaktu murid itu miskin dengan menekankannya kepentingan memakai kasut.
Persoalan
1. Ketegasan guru di sekolah demi mendisiplinkan pelajar.
Buktiya, Cikgu Harun yang tegas menyebabkan Ahmad takut untuk merenung wajahnya tepat-tapat. Selain itu, Ahmad dimarahi Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakaian sukan.
2. Keprihatinan guru terhadap masalah murid.
Buktinya, Cikgu Harun yang prihatin akan kemiskinan keluarga Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah.
3. Keikhlasan murid membalas jasa guru.
Buktinya, walaupun Ahmad sudah besar dan berjawatan tinggi, namun dia tetapi mengingati jasa Cikgu Harun dengan menghadiahinya sepasang kasut pada setiap Hari Guru.
4. Kepentingan memakai kasut di sekolah.
Buktinya, Cikgu Harun tegas memastikan pelajar memakai kasut supaya muridnya tidak mengalami kecederaan kaki.
5. Penghargaan murid terhadap jasa guru.
Buktinya, setiap Hari Guru, Cikgu Harun akan menerima hadiah berupa kasut berjenama mahal daripada anak muridnya yang mengingati jasa gurunya itu walaupun sudah 30 tahun berlalu.
Watak dan Perwatakan
1. Cikgu Harun
Cikgu Harun sudah bersara daripada pekerjaan guru. Beliau pernah mengajar di kawasan pedalaman 30 tahun yang lalu. Dia yang prihatin akan kebajikan murid telah menghadiahkan sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut kepada Ahmad. Beliau yang pernah bertegas dengan anak muridnya itu mendapat balasan baik daripada anak muridnya yang menghadiahinya sepasang kasut berjenama mahal pada setiap sambutan Hari Guru.
2. Ahmad
Ahmad merupakan seorang murid miskin yang tinggal di hujung kampung, kawasan pedalaman. Dia terpaksa mengambil upah memetik cili hanya untuk mengumpulkan wang demi membeli kasut sekolah lantaran ibunya yang tua dan uzur. Ahmad tidak pernah ponteng sekolah malah sentiasa mengikut arahan gurunya, Cikgu Harun. Walaupun Cikgu Harun mengarahkannya memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang, dia tetap menurut perintah tersebut. Ahmad akhirnya menjadi seorang yang berjawatan tinggi di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar masih mengingati jasa gurunya dengan menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut pada Hari Guru.
3. Ibu Ahmad
Ibu Ahmad seorang wanita separuh umur yang sudah uzur. Dia tinggal bersama anaknya, Ahmad di sebuah pondok usang di hujung kampung. Walaupun miskin harta, ibu Ahmad amat menghormati tetamu kerana menjemput Cikgu Harun masuk ke rumah sementara menunggu Ahmad pulang ke rumah. Ibu Ahmad tidak bekerja lagi kerana sudah uzur. Oleh sebab itu, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili demi menampung perbelanjaan keluarga di samping membeli kasut sekolah.
Latar
a) Tempat : - Sebuah sekolah di kawasan luar bandar.
- Kelas darjah tiga.
- Rumah Cikgu Harun
- Rumah Ahmad yang terletak di hujung kampung di sebuah kawasan pedalaman.
b) Masyarakat : - Penduduk kampung yang miskin – bekerja sebagai petani, pesawah dan penoreh getah.
- Penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman – masih mundur kerana kurang prasarana, contohnya jalan raya yang tidak berturap.
c) Masa : Pada sebelah malam - Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan setelah balik dari surau. Bungkusan itu telah berada di rumahnya lebih awal lagi.
: Imbas kembali – peristiwa berlaku 30 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1980-an.
Gaya Bahasa
a) Simile – tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung; berjalan macam lembu sakit kaki; kakinya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik; bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang tenggoroknya.
b) Metafora – membatukan diri; hatinya yang terhiris
c) Repetasi – Terasa kakinya seperti kaki monyet, kaki itik, dankaki tiang rumahnya yang usang.
d) Kata-kata puitis – membiarkan dirinya hanyut dalam arus ingatan; kesabaran masih tersisa dalam jiwanya; kata yang terlontar melewati bibir kering Ahmad.
e) Peribahasa - Anak-anak kampung itu sememangnya lebih selesa berkaki ayam waktu itu; Kadang
- kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul; Dia mula terasa Ahmad itu berkecil hati.
Nilai :
a) Kerajinan – Ahmad berusaha bersungguh-sungguh kerana tidak mahu mewarisi kemiskinan keluarga.
b) Berdikari – Ahmad bekerja memetik cili di kebun sayur kerana hendak membantu keluarga yang miskin.
c) Baik Hati – Cikgu Harun membeli sepasang baju seragan dan kasut sekolah untuk Ahmad supaya dia dapat belajar dengan selesa.
d) Semangat bermasyarakat – Cikgu Harun membantu Ahmad kerana mahu Ahmad berjaya dalam pelajaran dan keluar daripada belenggu kemiskinan.
e) Pemaaf – Ahmad menerima pemberian Cikgu Harun dan dia ke sekolah kerana tidak menyimpan perasaan dendam.
f) Mengenang Budi – Ahmad mengirimkan sepasang kasut kepada Cikgu Harun kerana hendak membalas budi baik Cikgu Harun terhadapnya tiga puluh tahun yang lalu.
Pengajaran :
a) Kita hendaklah berusaha dengan gigih supaya dapat mencapai kejayaan dalam hidup.
b) Kita hendaklah bersikap dermawan supaya dapat meringankan kesusahan orang lain.
c) Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain supaya hidup kita gembira.
d)Kita hendaklah membalas budi baik yang telah kita terima supaya hubungan silaturrahim berpanjangan.
e) Guru-guru hendaklah berusaha mendidik murid-murid kerana mereka merupakan negara yang berharga.
Ini versi filem pendek KASUT KELOPAK JANTUNG
ReplyDeletebEST!!!!
http://www.youtube.com/watch?v=sVPpzMp4y3c