Sinopsis
Pak Jusuh mengeluh apabila anaknya Jamilah meminta wang sebanyak RM75.00 untuk membayar yuran SPM, sedangkan pendapatannya sebagai nelayan tidak seberapa dan hutangnya di kedai Mutusami semakin banyak. Mak Limah menegur sikap suaminya yang pernah menolak tawaran ke tanah rancangan. Akan tetapi bagi Pak Jusuh, nasib nelayan juga baik seperti Haji Dolah yang mempunyai rumah besar dan kereta. Ketika itu Mutusami datang dan meminta hutang daripada Pak Jusuh. Oleh sebab Pak Jusuh tidak mempunyai wang, radio miliknya menjadi cagaran.
Pak Seman datang bertujuan mengundang Pak Jusuh ke rumah menantunya untuk majlis kenduri doa selamat. Kemudia Pak Jusuh meluahkan kesusahan hidupnya. Pak Seman memujuk Pak Jusuh ke tanah rancangan agar hidupnya boleh berubah. Pak Jusuh bersetuju dan mereka berjanji untuk ke rumah tuk penghulu pada esok hari.
Tema
- Drama ini bertemakan kesempitan hidup seorang nelayan yang dibelenggu kemiskinan.
Persoalan
- Amalan berhutang akan membawa padah.
- Tanggungjawab seorang ketua keluarga terhadap keluarganya.
- Keprihatinan seorang ibu terhadap pelajaran anaknya.
- Tanggungjawab kerajaan membantu rakyat melalui pelbagai rancangan.
- Amalan tolong-menolong dalam kalangan masyarakat.
Watak-Perwatakan
- Pak Jusoh
- Nelayan yang kuat bekerja.
- Kerap berhutang
- Tidak tahu membaca.
- Seorang yang tidak bertanggungjawab kerana tidak mahu memikirkan cara untuk menyelesaikan hutang.
- Mak Limah
- Sangat mengambil berat akan keluarganya.
- Mementingkan pendidikan anaknya.
- Menghormati tetamu.
- Pak Seman
- Sebaya dengan Pak Jusuh
- Lebih kemas, bertenaga, dan suka menolong.
- Mengajak Pak Jusoh menyertai Rancangan Tanah Kerajaaan untuk mengubah corak hidup Pak Jusuh sekeluarga.
Latar
Latar Masa
- Semua peristiwa berlaku dalam masa setengah jam, iaitu dari petang hingga senja.
Latar Tempat
- Ruang tamu rumah pak Jusuh ( semua peristiwa berlaku di ruang tamu )
Latar Masyarakat
- Masyarakat Melayu yang bekerja sebagai nelayan.
- Masyarakat Melayu yang menyahut seruan kerajaan.
- Masyarakat India yang bergiat dalam lapangan perniagaan.
Nilai murni
Baik hati: contohnya, Pak Seman mempelawa Pak Jusuh ke tanah rancangan agar nasibnya lebih baik.
Kerajinan: contohnya, Haji Dolah gigih berusaha sebagai nelayan menyebabkan nasibnya lebih baik berbanding Pak Jusuh.
Rasional: contohnya, Mutusami tidak berterusan mendesak Pak Jusuh membayar hutang kerana dia memahami masalah yang dihadapi oleh Pak Jusuh.
Semangat bermasyarakat, contohnya Pak Seman mengundang Pak Jusuh ke rumah menantunya yang akan mengadakan kenduri doa selamat.
Pengajaran
Patut merebut peluang yang baik, contoh yang ditunjukkan oleh Pak Jusuh pada mulanya menolak ke tanah rancangan janganlah diikuti.
Kita perlu mengamalkan sikap tolak ansur, contohnya Mutusami tidak lagi mendesak Pak Jusuh membayar hutang kerana dia memahami masalah yang dihadapi oleh Pak Jusuh.
Kita wajib mengamalkan sikap bermasyarakat, contohnya Pak Jusuh menerima undangan Pak Seman untuk ke rumah menantu rakannya itu yang akan mengadakan majlis kenduri doa selamat.
Kita perlu memanfaatkan masa terluang dengan aktiviti berfaedah, contohnya Jamilah mengisi masa terluang dengan melibatkan diri dalam kegiatan pertubuhan belia di balai raya kampungnya
Soalan Praktis
- Siapakah watak utama yang terdapat dalam drama ‘Mendung Hitam Beralih Jua’?
a. Mutusami c. Pak Seman
b. Pak Jusuh d. Tuk Penghulu
2. Antara yang berikut, yang manakah BUKAN persoalan dalam drama ini?
a. Amalan tolong-menolong dalam kalangan masyarakat.
b. Pergaulan bebas dalam kalangan remaja.
c. Keprihatinan seorang ibu terhadap pelajaran anaknya.
d. Amalan berhutang akan membawa padah
3. ‘ Kalau tidak, ini kali saya bawa awak ke mahkamah’
Berdasarkan dialog di atas, nyatakan gaya bahasa yang berkaitan.
a. Sinkope c. Simile
b. Repetisi d. Inversi/Pembalikan Kata
4. Drama ini bermula dengan perbualan antara
a. Pak Jusuh dan Mak Limah tentang pembayaran hutang.
b. Mak Limah dengan Jamilah tentang aktiviti Jamilah.
c. Pak Jusuh dengan Mutusami tentang tuntutan hutang.
d. Pak Jusuh dengan Pak Seman tentang kehidupan peneroka.
5. Antara yang berikut, pengajaran yang paling SESUAI dalam drama ini adalah
a. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada berhutang kerana ia akan membawakebaikan kepada diri sendiri.
b. Kita perlulah mengamalkan sikap bertolak ansur agar hubungan dengan anggota masyarakat menjadi harmoni.
c. Hendaklah kita mensia-siakan peluang yang ada kerana peluang lain akan datang lagi.
d. Ibu bapa haruslah mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak.
gaya bahasa x dew kew??Cikgu sye suruh cri gaya bahasa tpi x dew
ReplyDeleteAssalamualaikum. Mohon share ya cikgu-cikgu, Terima kasih.
ReplyDelete